Kelas Bimbingan Kerjaya (E-Recruitment)

22 Oktober 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 21 Oktober 2019, Pusat Internet PPR Batu telah melaksanakan kelas bimbingan kerjaya atas permintaan peserta yang bertujuan untuk mendedahkan peserta dengan portal pencarian kerja di perkhidmatan awam dan juga swasta. Pada kali ini, kelas telah dihadiri oleh seorang pelajar lepasan Sijil Kemahiran Malaysia yang sedang aktif mencari pekejaan. Untuk permulaan, beliau didedahkan dengan portal pencari kerja seperti SPA, e-recruitment dan Job Malaysia. Seterusnya, peserta digalakkan untuk membuka akaun gmail khas untuk pekerjaan dan mendaftar Sarawak ID bagi membolehkan beliau mengakses e-recruitment sarawak. Seterusnya, beliau dibimbing untuk mengisi borang secara dalam talian dan memuat naik dokumen serta gambar yang diperlukan sesuai dengan kriteria yang diminta di setiap portal bagi melengkapkan permohonan. Akhir sekali, peserta dibimbing untuk menulis ayat untuk memasarkan kebolehan dan kemahiran beliau untuk menarik minat majikan sekali gus meningkatkan peluang untuk beliau diambil bekerja.

Berikut merupakan kebaikan mengikuti program:
• Peserta mengetahui portal pencarian kerja dalam perkhidmatan awam dan swasta secara dalam talian
• Peserta memahami keperluan untuk memuat naik dokumen tambahan di portal
• Peserta mendapat sedikit input berkaitan pengolahan ayat untuk menyatakan kebolehan dan kemahiran diri untuk dirujuk oleh organisasi

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali